click la penaja rasmi kami

Showing posts with label Andy Carrol. Show all posts
Showing posts with label Andy Carrol. Show all posts

October 31, 2011

KEPUTUSAN PERLAWAN BPL | WEST BROM 0 - LIVERPOOL 2

Minggu terakhir Oktober kita teruskan dengan rentak kemenangan. Kali ini giliran bekas boss Liverpool Roy Hodgson mengigit jari dilaman sendiri. 2-0 hasil jaringan penalty Charlie Adam dan gol yang kita tunggu-tunggu dari Andy Carroll cukup untuk kita bawa pulang 3 mata penuh dari Hawthorn.

Antara muka-muka pejuang di Hawtorn tempohari

Kali ini King dengan line-up baru meletakkan Skrtel dan Agger di benteng akhir dan nampaknya agak kebal untuk ditembusi walaupun ada beberapa peluang pemain-pemain West Brom untuk mencuba nasib. Benteng terakhir selaku Kapten hari itu Reina terlalu hebat untuk ditembusi kali ini. Harap prestasi tidak bolos dapat kita teruskan dilaman sendiri lepas ni.

Secara keseluruhan perlawanan tak la best sangat tapi kalau best pun tak dpt 3 point buat apa. Suarez gagal untuk mencipta nama dalam senarai penjaring dek kerana kegoopohan dan kitidak tiadaan tuan la kut nak score dalam perlawanan itu. Kerap curi ayam sampai kantoi berkali-kali dengan penjaga garisan. Hendo pulak semakin menunjukkan kematangan dalam perlawanan ini dan satu petanda yang baik untuk pemain muda ini dalam skuad Liverpool.

October 26, 2011

PIALA LIGA | STOKE 1 - LIVERPOOL 2

Akhinya tanggal 27 October 2011 badi di Stadium Britania berjaya Liverpool elakkan. Dua jaringan hebat dari penyerang sensasi Liverpool Luis Suarez pada separuh masa kedua  cukup untuk membawa Liverpool layak ke pusingan suku akhir Piala Liga. Walaupun hanya Piala Liga, tapi ketandusan piala sejak 2006 seakan membawa sinar harapan baru kepada skuad King Kenny untuk musim ini.


King Kenny merehatkan Stevan Gerrard dan meletakkan Andy Carrol bersama-sama Luis Suarez di bahagian serangan sering mengancam kubu Stoke yang ternyata kebal di babak pertama. Sebastian Coates juga turun sebagai kesebelasan utama tetapi kesilapan beliau mengeluarkan bola pada babak pertama membolehkan Joens menjaringkan gol pada penghujung separuh masa pertama.

Diharap aksi liga selepas ini akan terus menghasilkan goal dan membawa kemenangan.
Related Posts with Thumbnails