click la penaja rasmi kami

Showing posts with label Lucas Leiva. Show all posts
Showing posts with label Lucas Leiva. Show all posts

December 18, 2011

ASTON VILLA 0 vs LIVERPOOL 2

Lepas aku asik mengeluh dengan aksi sepakan penjuru yang menghampakan, perlawanan malam tadi memberikan 2 gol hasil dari sepakan penjuru. Terima kasih la kepada Craig Bellamy dan Martin Skrtel yang mana kita beraksi hebat di Villa Park. 3 mata yang amat-amat berharga dalam misi menghambat kedudukan 4 teratas disamping jadual perlwanan bulan Disember yang diketahui memang padat.

Penjaring gol-gol Liverpool, Bellamy dan Skrtel

Kesebalasan utama yang berani dengan menampilkan Jonjo Shelvey bagi aksi BPL pertama beliau serta mengekalkan beberapa pemain seperti perlawanan menentang Queen Park Rangers Liverpool tampak garang sejak wisel dimulakan. Formasi 4-5-1 kali ini nampak sangat sesuai dan bertenaga sepanjang perlawanan dan mematahkan segala rentak Villa.

Aksi Luis Suarez yang dikatakan hanya turun berlatih 2 3 hari sebelum perlwanan dek kerana kes bengong Evra tu terus memukau. Dua kali cubaan beliau terkena tiang dan palang terus melonjakkan Liverpool dalam indek cubaan terkena tiang atau palang tertinggi dalam liga musim ini. Malang kita berterusan.

Aksi Stewart Downing yang sering dibooo penyokong-penyokong Villa tidak diendahkan malah menampilkan aksi yang hebat sepanjang perlwanan. Diharap semua pemain dalam meneruskan rentak kemenangan dan kini ketiadaan Lucas dan Gerrard semakin tidak dirasai.

MOTM Perlawanan ini bagi aku : Glen Johnson.

November 28, 2011

LUCAS LEIVA MULA TUNJUNG BELANG

Liverpool 1 Manchester City 1. Satu lagi keputusan seri digelanggang sendiri. Perit untuk aku telan tapi itulah hakikatnya kita gagal memanfaatkan segala peluang yang terhidang.

Aku malas nak komen pasal keseluruhan game yang ternyata kita berada di landasan yang betul untuk membentuk satu pasukan yang mantap. Cuma masanya belum tiba lagi. Kita masih lagi belum mempunyai kualiti pemian yang dapat menampung beberapa kekurangan yang agak ketara lebih-lebih lagi serangan yang tumpul serta pemain tengah yang kreatif dengan beribu-ribu idea hantaran serta gerak tari permainan.

Sehingga kehari ini nama Lucas Leiva, pemain tengah Liverpool sering menjadi bualan sejak aksi mantap di Stamford Bridge dan diteruskan di Anfiield. Hantaran yang hampir sempurna, takle yang juga hampir sempurna sepanjang 90 minit tempoh pelawanan. Kini aku semakin nampak aksi beliau yang semakin matang semenjak Kenny Dalglish mengambil alih kerusi pengurus pasukan Liverpool.


Beliau juga semakin serasi beraksi disisi Charlie Adam dan ini merupakan petanda yang baik sejak kita kehilangan Steven Gerrard sejak awal musim lagi. Diharap aksi ini dapat diteruskan dan sedikit sebanyak Lucas berjaya mengurangkan tekanan kepada barisan pertahanan yang kini semakin kebal dan mantap dibarisi oleh Jose Enrique, Danial Agger, Martin Skrtel dan Glen Johnson.

Lucas yang masih lagi muda ini sering mendapat perhatian sejak aksi yang tidak konsisten serta beberapa hantaran dia yang dikatakan "kelaut". Beliau sering juga dikritik kerana tackle keras yang tidak kena pada masa sering mengundang padah kepada barisan pertahanan. Pemain yang dilabel sebagai next Dunga kini sudah boleh mendabik dada dengan aksi memberangkan ini dan diharap ianya dapat diteruskan pada perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

July 13, 2010

LUCAS LEIVA : ANDA TIDAK AKAN KEMANA-MANA

Roy Hodgson telah memberi kata dua bahawa Lucas Leiva masih diperlukan dalam perancangan beliau membentuk pasukan Liverpool yang mantap pada musim baru nanti. Berita ini mungkin sedikit sebanyak ada yang geremmm..


Tapi aku yakin perbezaan antara Rafa n Roy pasti memberikan persembahan permainan yang berbeza dari Lucas ini. Sebelum bermain untuk Liverpool, Lucas merupakan seorang perancang Gremio yang kreatif. Harapa dia dapat mengembalikan sentuhan kreatif dia dan berupaya membantu pasukan dalam menjaringkan gol.

Dipetik dari..


Lucas Leiva has been thrown an Anfield lifeline after Roy Hodgson assured him he still had a future at Liverpool.
The Brazilian midfielder's days at the club appeared numbered after Palermo confirmed they had made a £3million bid and indicated a willingness to increase it.
Related Posts with Thumbnails