click la penaja rasmi kami

November 16, 2011

JAMIE CARRAGHER DAH TURUN TRAINING

Jamie Carragher. Bintang otai yang sebelum ni bergelut dengan kecederaan kini dah turun training. Nampaknya peluang kita nak tengok aksi berterusan gandingan Agger Skrtel musnah la dengan berita kecergasan Carraghe. King Kenny sudah pasti tidak mahu meniggalkan antara pemain yang disukainya itu untuk turun dalam kesebelasan utama.


Dengan umur semakin lanjut dan sering dibolosi penyerang-penyerang pihak lawan, aku harap King kene fikir banyak kali untuk turunkan otai kita ni beraksi di Stamford Bridge.

November 15, 2011

SUKAN SEA 26 | MALAYSIA vs INDONESIA

17 November, Khamis pukul 8.00 malam akan bermulanya perlawanan antara Malaysia dan Indonesia. Pada aku perlawanan ini bukan saja mencari tempat keseparuh akhir bagi pasukan Malaysia tapi juga lebih kepada mengekalkan penguasaan Malaysia sebagai gergasi baru bolasepak Asia Tenggara. Dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini pasukan Malaysia tidak kira Harimau Malaya ataupun Harimau Muda sudahpun menunjukkan peningkatan yang dianggap menggembirakan peminat-peminat bolasepak Malaysia termasuk aku la.


Kalau tengok game-game yang lepas memang agak berat anak-anak buah Ong Kim Swee ni nak menang tapi aku yakin kalau semua dapat menampilkan aksi yang sebenar kemenangan pasti milik kita.

Harap percaturan ko menjadi esok

Jadi semua jangan lupa lepak depan tv malam esok...

EURO 2012 | SIAPA YANG LAYAK 16 PASUKAN

Malam tadi berlangsung perlawanan playoff kedua bagi kelayakan Kejohanan Eropah EURO2012. Keputusan perlawanan malam tadi adalah

Croatia 0 - Turkey 0
(Aggregate Crotia 3 - Turkey 0)

Montenegro 0 - Rep Czech 1
(Aggregate Montenegro 0 - Rep Czech 3)

Rep of Ireland 1 - Estonia 1
(Aggregate Rep Ireland 5 - Estonia 1)

Portugal 6 - Bosnia 2
(Aggregate Portugal 6 - Bosnia 2)

Dan berikut adalah 16 pasukan yang akan memasuki undian rasmi untuk pusingan akhir EURO 2012. Undian dijadualkan akan berlangsung pada 2 Disember 2011.

Crotia
Republic Czech
Denmark
England
Perancis
Jerman
Italy
Greece
Belanda
Poland (Tuan rumah)
Portugal
Rep Ireland
Russia
Sepanyol
Sweden
Ukraine (Tuan rumah)

JADUAL PERLAWANAN BPL 2011/2012 | MINGGU KE 12

Kita tengok siapa yang berentap minggu ini...


Sabtu, 19 November 2011

Norwich City vs Arsenal (Carrow Road)
Everton vs Wolves ( Goodison Park)
Manchester City vs Newcastle United ( Etihad Stadium)
Stoke City vs Queen Park Rengers (Britannia Stadium)
Sunderland vs Fulham (Stadium of Light)
West Bromwich Albion vs Bolton Wanderers (The Hawthorns)
Wigan Athletic vs Blackburn Rovers ( DW Stadium)
Swansea City vs Manchester United (Liberty Stadium)

Ahad, 20 November 2011

Chelsea vs Liverpool (Stamford Bridge)

Isnin, 21 November 2011

Tottenham Hotspurs vs Aston Villa (White Hart Lane)

Bagaimana dengan prediction dari korang...

November 13, 2011

FANTASTIC FOUR | LUIS SUAREZ 4 CHILE 0

Hebat sekarang Luis Suarez. Sejak berpindah ke Liverpool pemain ini semakin bernafsu nak menjaringkan gol lagi-lagi bila beraksi untuk negara kelahiran beliau Uruguay. Pada aku jugak dia dah boleh dilabel sebagi pemain terbaik dunia. Selain hebat di kelab malah diperingkat negara juga.


Kelmarin beliau beraksi cemerlang dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan menentang Chile, aksi memukau dengan 4 jaringan beliau memberikan Uruguay kemenangan 4-0. Apa nak cakap lagi dah memang hebat.

Harap dapat diteruskan aksi ini bila beraksi menentang Chelsea dalam perlawanan liga akan datang. Suruh King beli semua player Uruguay la baru berdozen-dozen Suarez score ...

November 02, 2011

JOSE ENRIQUE | AKU BERHAK BERAKSI UNTUK SEPANYOL

Jose Enrique, pemain bek kiri baru Liverpool yang telah beraksi dengan cemerlang setakat ini mengharapkan cap pertama untuk pasukan Sepanyol.

Aksi beliau setakat ini cukup meyakinkan dan aku pun teruja gak nak tengol Del Bosque memasukkan beliau untuk merebut tempat dalam skuad Sepanyol. Kalau dah main dengan kelab terhebat macam Liverpool ni kalau tak dipanggil memang tak sah. Kalau tak sekarang masanya akan tiba Jose....

Anda memenag berhak...seperti mana hak anda untuk posisi utama bek kiri Liverpool kini.

CARLOS TEVEZ | BERHIJRAH KE LIVERPOOL

Belum habis hujung tahun 2011, dan mula dah banyak rumours mengenai perpindahan pemain yang dikaitkan dengan Liverpool. Dan yang terbaru, CARLOS TEVEZ, pemain yang menghangatkan kancah bola sepak England di dalam skuad Manchester City dengan dikatakan berselisih pendapat dengan jurulatih Mancini.

Carlos Tevez dikatakan bermasalah

Kepala angin atau tidak pada aku Tevez tetap pemain penyerang yang serba boleh. Rezeki nak main untuk City memang dah tertutup.

Kalau Januari nanti kita rembat dia untuk beraksi disamping Suarez amacam. Ada berani.
Related Posts with Thumbnails