Perjuangan skuad bolasepak Harimau Muda akan diteruskan pada malam esok didalam aksi Pra Olimpik Kumpulan C menentang pasukan Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil (BNBJ) pada jam 8.45 malam. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Channel 801 dan juga TV1.
Selepas kehilangan beberapa tonggak utama dalam perlawanan penentuan pingat emas malam tadi menentang Indonesia yang berkesudahan kita menang menerusi sepakan penalti 4-3 seperti Izzaq Faris, Syahrul Azwari, Wan Zaharul Nizam, jurulatih Malaysia Ong Kim Swee kini boleh menarik nafas lega kerana beberapa pemain yang tidak tersenarai didalam skuad Sukan Sea ke 26 disahkan cergas dan bersedia untuk mengaummm sekali lagi. Pemain-pemainn seperti Wan Zack Haikal, Affizee Faisal, D Savindran kini telah bersedia untuk beraksi sekiranya diberikan peluang.
Wira-wira Harimau Muda selamat pulang dari Jakarta seawal pagi tadi dan Ong Kim Swee serta anak-anak buahnya hanya mempunyai masa yang amat terhad untuk bersedia menentang Syria yang dikatakan tidak menyenaraikan beberapa pemain tonggak mereka kali ini yang tercedera. Ini juga sedikit sebanyak tidak memeningkan kepala kem Malaysia yang pastinya kepenatan selepas mengharungi 120 minit perlawanan malam tadi.
Ini merupakan perlawanan kedua Malaysia selepas tewas ditangan Jepun 2-0 pada kasi pembukaan Pra Olimpik Kumpulan C. Diharapkan semangat menumbangkan Garuda di Gelora Bung Karno dapat diteruskan dihadapan peminat-peminat yang dijangka memenuhi stadium malam esok. Tiket-tiket perlawanan telah mula dijual hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan juga Stadium Shah Alam. Harga tiket adalah RM40 (grandstand) dan RM20 (terbuka).
Ayuh Harimau Muda, tunjukkan taring mu. Sukan Sea sudah kita tawan, bumi London bakal kita tujui.
No comments:
Post a Comment