click la penaja rasmi kami

December 18, 2011

ASTON VILLA 0 vs LIVERPOOL 2

Lepas aku asik mengeluh dengan aksi sepakan penjuru yang menghampakan, perlawanan malam tadi memberikan 2 gol hasil dari sepakan penjuru. Terima kasih la kepada Craig Bellamy dan Martin Skrtel yang mana kita beraksi hebat di Villa Park. 3 mata yang amat-amat berharga dalam misi menghambat kedudukan 4 teratas disamping jadual perlwanan bulan Disember yang diketahui memang padat.

Penjaring gol-gol Liverpool, Bellamy dan Skrtel

Kesebalasan utama yang berani dengan menampilkan Jonjo Shelvey bagi aksi BPL pertama beliau serta mengekalkan beberapa pemain seperti perlawanan menentang Queen Park Rangers Liverpool tampak garang sejak wisel dimulakan. Formasi 4-5-1 kali ini nampak sangat sesuai dan bertenaga sepanjang perlawanan dan mematahkan segala rentak Villa.

Aksi Luis Suarez yang dikatakan hanya turun berlatih 2 3 hari sebelum perlwanan dek kerana kes bengong Evra tu terus memukau. Dua kali cubaan beliau terkena tiang dan palang terus melonjakkan Liverpool dalam indek cubaan terkena tiang atau palang tertinggi dalam liga musim ini. Malang kita berterusan.

Aksi Stewart Downing yang sering dibooo penyokong-penyokong Villa tidak diendahkan malah menampilkan aksi yang hebat sepanjang perlwanan. Diharap semua pemain dalam meneruskan rentak kemenangan dan kini ketiadaan Lucas dan Gerrard semakin tidak dirasai.

MOTM Perlawanan ini bagi aku : Glen Johnson.
Related Posts with Thumbnails