click la penaja rasmi kami

October 31, 2011

UNDIAN SUKU AKHIR PIALA LIGA | CARLING CUP

Pada hari Sabtu lepas telah berlangsungnya undian perlawanan suku akhir Piala Liga aka Carling Cup.

Harapan aku untuk kita bertemu pendahulu liga sekarang Manchester City tidak kesampaian. Tapi yang dapat Chelsea. Cehlsea pun Chelsea la, best jugak lagi-lagi main tempat lawan. Pihak FA nampaknya tidak lagi sudi nak bawa perlawanan Piala Liga musim ini ker Anfield lagi. Takpa la mungkin ada hikmah ni main away game manjang ni. Perlawanan dijangkakan akan berlangsung pada 29/30 November ini.

So jaga-jaga ler Torres and Meireles, Agger semakin ganas sejak semakin sihat walafiat ni. Siku dia pun aku tengok dah semakin tajam dah nak taji hidung korang berdua.

Ni keputusan undian penuh Piala Liga Suku Akhir.

Arsenal vs Manchester City
Chelsea vs Liverpool
Manchester United vs Crystal Palace
Cardiff City vs Blackburn Rovers

KEPUTUSAN PERLAWAN BPL | WEST BROM 0 - LIVERPOOL 2

Minggu terakhir Oktober kita teruskan dengan rentak kemenangan. Kali ini giliran bekas boss Liverpool Roy Hodgson mengigit jari dilaman sendiri. 2-0 hasil jaringan penalty Charlie Adam dan gol yang kita tunggu-tunggu dari Andy Carroll cukup untuk kita bawa pulang 3 mata penuh dari Hawthorn.

Antara muka-muka pejuang di Hawtorn tempohari

Kali ini King dengan line-up baru meletakkan Skrtel dan Agger di benteng akhir dan nampaknya agak kebal untuk ditembusi walaupun ada beberapa peluang pemain-pemain West Brom untuk mencuba nasib. Benteng terakhir selaku Kapten hari itu Reina terlalu hebat untuk ditembusi kali ini. Harap prestasi tidak bolos dapat kita teruskan dilaman sendiri lepas ni.

Secara keseluruhan perlawanan tak la best sangat tapi kalau best pun tak dpt 3 point buat apa. Suarez gagal untuk mencipta nama dalam senarai penjaring dek kerana kegoopohan dan kitidak tiadaan tuan la kut nak score dalam perlawanan itu. Kerap curi ayam sampai kantoi berkali-kali dengan penjaga garisan. Hendo pulak semakin menunjukkan kematangan dalam perlawanan ini dan satu petanda yang baik untuk pemain muda ini dalam skuad Liverpool.

October 26, 2011

SUAREZ CEDERA | OHHH TIDAKKK!!!

Sebelum di subs dengan Kuyt, Suarez kelihatan terjingkut-jingkut...


Harap tiada yang serius. Nak revenge ngan team Pak Roy hujung minggu ni. Dah ler Carrol masih tersipu-sipu malu nak score ni...

PIALA LIGA | STOKE 1 - LIVERPOOL 2

Akhinya tanggal 27 October 2011 badi di Stadium Britania berjaya Liverpool elakkan. Dua jaringan hebat dari penyerang sensasi Liverpool Luis Suarez pada separuh masa kedua  cukup untuk membawa Liverpool layak ke pusingan suku akhir Piala Liga. Walaupun hanya Piala Liga, tapi ketandusan piala sejak 2006 seakan membawa sinar harapan baru kepada skuad King Kenny untuk musim ini.


King Kenny merehatkan Stevan Gerrard dan meletakkan Andy Carrol bersama-sama Luis Suarez di bahagian serangan sering mengancam kubu Stoke yang ternyata kebal di babak pertama. Sebastian Coates juga turun sebagai kesebelasan utama tetapi kesilapan beliau mengeluarkan bola pada babak pertama membolehkan Joens menjaringkan gol pada penghujung separuh masa pertama.

Diharap aksi liga selepas ini akan terus menghasilkan goal dan membawa kemenangan.

October 18, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA

Berikut adalah keputusan perlawanan separuh akhir pertama PIALA MALAYSIA 2011

18.10.2011 (Selasa)

Selangor 0 - Terengganu 2

T-Team 2 - Negeri Sembilan 4

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN | RANGERS vs LIVERPOOL

RANGERS 1 - LIVERPOOL 0


Agak lama jugak aku tak buat entri kat blog MERAH aku ni. Lepas kekecewaan tak dapt mata penuh lawan Manuk hujung minggu baru-baru ini, malam tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan dengan kelab dari Scotland iaitu Rangers. Kesudahannya kita kecundang 0-1 hasil jaringan Lee Mcculoch pada separuh masa pertama. Apakah nasib pasukan Liverpool ni yang agak ketandusan mencari kemenangan walaupun dengan aksi persahabatan.

Dalam perlawanan tersebut King Kenny telah menurunkan hampir seluruh pemain-pemiain simpanan termasuk Daniel Agger dan Glen Johnson yang baru pulih dari kecederaan masing-masing. King Kenny juga memulakan aksi dengan menggandingkan Andy Kerol bersama Craig Bellamy dibarisan hadapan tapi ternyata masih tumpul untuk menghasilkan jaringan.

Hujung minggu ini, skuad utama Liverpool akan sekali lagi diuji dengan kunjungan Norwich ke Anfield. Harapan aku besar sebesar jaringan yang aku harapkan. Skuad menentang Manuk pada aku agak hampir sempurna dan diharap perlawanan kali ini dapat diterjemahkan dengan aksi yang menarik serta 3 mata penuh.
Related Posts with Thumbnails