click la penaja rasmi kami

November 29, 2011

WEMBLEY...KINI SEMAKIN HAMPIR

Sekali lagi. 2 kali kemenangan dalam masa 10 hari. Ditempat yang sama.

Kini King Kenny dan anak-anak buah boleh mencongak aksi FInal Piala Liga selepas dengan bergayanya menewaskan Chelsea dilaman mereka sendiri sekali lagi awal pagi tadi. Liverpool yang rata-rata dibarisi pemain-pemain pasukan kedua tidak menunjukkan akis pincang sepanjang perlawanan malah mereka seperti rakus untuk membaham mangsa sejak dari wisel sepak mula.


2 hero kita pagi tadi

Jaringan Maxi dan Kelly sudah cukup untuk membawa Liverpool keperlawanan separuh akhir Piala Liga. Siapa lawan kita di separuh akhir nanti. Aku nak Manchester City.

November 28, 2011

LUCAS LEIVA MULA TUNJUNG BELANG

Liverpool 1 Manchester City 1. Satu lagi keputusan seri digelanggang sendiri. Perit untuk aku telan tapi itulah hakikatnya kita gagal memanfaatkan segala peluang yang terhidang.

Aku malas nak komen pasal keseluruhan game yang ternyata kita berada di landasan yang betul untuk membentuk satu pasukan yang mantap. Cuma masanya belum tiba lagi. Kita masih lagi belum mempunyai kualiti pemian yang dapat menampung beberapa kekurangan yang agak ketara lebih-lebih lagi serangan yang tumpul serta pemain tengah yang kreatif dengan beribu-ribu idea hantaran serta gerak tari permainan.

Sehingga kehari ini nama Lucas Leiva, pemain tengah Liverpool sering menjadi bualan sejak aksi mantap di Stamford Bridge dan diteruskan di Anfiield. Hantaran yang hampir sempurna, takle yang juga hampir sempurna sepanjang 90 minit tempoh pelawanan. Kini aku semakin nampak aksi beliau yang semakin matang semenjak Kenny Dalglish mengambil alih kerusi pengurus pasukan Liverpool.


Beliau juga semakin serasi beraksi disisi Charlie Adam dan ini merupakan petanda yang baik sejak kita kehilangan Steven Gerrard sejak awal musim lagi. Diharap aksi ini dapat diteruskan dan sedikit sebanyak Lucas berjaya mengurangkan tekanan kepada barisan pertahanan yang kini semakin kebal dan mantap dibarisi oleh Jose Enrique, Danial Agger, Martin Skrtel dan Glen Johnson.

Lucas yang masih lagi muda ini sering mendapat perhatian sejak aksi yang tidak konsisten serta beberapa hantaran dia yang dikatakan "kelaut". Beliau sering juga dikritik kerana tackle keras yang tidak kena pada masa sering mengundang padah kepada barisan pertahanan. Pemain yang dilabel sebagai next Dunga kini sudah boleh mendabik dada dengan aksi memberangkan ini dan diharap ianya dapat diteruskan pada perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

November 23, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN UCL 2011/2012 | 23.11.2011

Group E

Bayern Leverkusen 2 vs Chelsea 1

Valencia 7 vs Racing Genk 0

Group F

Arsenal 2 vs Borussia Dortmund 1

Marseille 0 vs Olympiakos 1

Group G

Zenit St Petersburg 0 vs Apoel Nicosia 0

Shaktar Donestk 0 vs Porto 2

Group H

BATE Borisov 0 vs Victoria Plzen 1

AC Milan 2 vs Barcelona 3

November 22, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN UCL 2011/2012 | 22.11.2011

Berikut merupakan keputusan perlawanan UCL 2011/2012 yang berlangsung awal pagi tadi.

Group A

Bayern Munich 3 vs Villarreal 1

Napoli 2 vs Manchester City 1

Group B

CSKA Moscow 0 vs Lille 2

Trabzonspor 1 vs Inter Milan 1

Group C

Manchester United 2 vs Benfica 2

Otelul Galati 1 vs Basel 2

Group D

Lyon 2 vs Ajax 0

Real Madrid 6 vs Dinamo Zagreb 2

JOE COLE PERGI EDEN HAZARD MARI

Baguih la lagu ni. Tapi kalau dah rembat permanent tu reti-reti ler nak hulur Eden Hazard kat Liverpool. Rumours ni berkencang kuat selepas aksi mantap Joe Cole di kelab Perancis itu. Mungkin rezeki dia kat sana selepas aksi hampeh dia kat Liverpool.

Joe Cole dalam misi mencucuk jarum Eden Hazard

Aku antara peminat Joe Cole ni sejak dia bermain untuk West Ham lagi sampai la Chelsea beli mamat ni. Liverpool dapatkan dia ketika aksi dia merudum dek kerana kecederaan yang berterusan. Kalau dah injured memanjang memang susah la nak dapatkan form dia balik. Tempat dalam kesebelasan utama pun kurang lagi ler susah nak dapatkan form.

Eden Hazard...kutunguuu

Gaji dah la mahal dan cara terbaik loan out dan strategi Liverpool hantar dia ke Lille dengan harapan menggunung untuk mencucuk jarum mendapatkan Eden Hazard. Eden Hazard kutunggumu di Anfield...

November 21, 2011

BUMI MALAYSIA BERGEGAR | 21.11.2011

Terbukti THIS IS FUTBOL...







PERLAWANAN KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK 2012 | MALAYSIA vs SYRIA

Perjuangan skuad bolasepak Harimau Muda akan diteruskan pada malam esok didalam aksi Pra Olimpik Kumpulan C menentang pasukan Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil (BNBJ) pada jam 8.45 malam. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Channel 801 dan juga TV1.


Selepas kehilangan beberapa tonggak utama dalam perlawanan penentuan pingat emas malam tadi menentang Indonesia yang berkesudahan kita menang menerusi sepakan penalti 4-3 seperti Izzaq Faris, Syahrul Azwari, Wan Zaharul Nizam, jurulatih Malaysia Ong Kim Swee kini boleh menarik nafas lega kerana beberapa pemain yang tidak tersenarai didalam skuad Sukan Sea ke 26 disahkan cergas dan bersedia untuk mengaummm sekali lagi. Pemain-pemainn seperti Wan Zack Haikal, Affizee Faisal, D Savindran kini telah bersedia untuk beraksi sekiranya diberikan peluang.

Wira-wira Harimau Muda selamat pulang dari Jakarta seawal pagi tadi dan Ong Kim Swee serta anak-anak buahnya hanya mempunyai masa yang amat terhad untuk bersedia menentang Syria yang dikatakan tidak menyenaraikan beberapa pemain tonggak mereka kali ini yang tercedera. Ini juga sedikit sebanyak tidak memeningkan kepala kem Malaysia yang pastinya kepenatan selepas mengharungi 120 minit perlawanan malam tadi.

Ini merupakan perlawanan kedua Malaysia selepas tewas ditangan Jepun 2-0 pada kasi pembukaan Pra Olimpik Kumpulan C. Diharapkan semangat menumbangkan Garuda di Gelora Bung Karno dapat diteruskan dihadapan peminat-peminat yang dijangka memenuhi stadium malam esok. Tiket-tiket perlawanan telah mula dijual hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan juga Stadium Shah Alam. Harga tiket adalah RM40 (grandstand) dan RM20 (terbuka).

Ayuh Harimau Muda, tunjukkan taring mu. Sukan Sea sudah kita tawan, bumi London bakal kita tujui.

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR SUKAN SEA 26 | MALAYSIA 1 (4) vs INDONESIA 1 (3)

Apa lagi yang mampu kita ucapkan. TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH. Pentas final Sukan Sea ke 26 mlm tadi Harimau Muda tampil garang dari biasa serta beraksi pada tahap kecemerlangan yang sangat tinggi untuk menidakkan Indonesia merangkul pingat emas bolasepak Sukan Sea. Rata-rata kesemua pemain telah menunjukkan keazaman serta kehebatan yang tersendiri untuk membawa pulang emas ke 59 Malaysia pada temasya kali ini.

Asra, menjerit selepas menjaringkan gol penyamaan Malaysia

Ketinggalan 0-1 pada seawal minit ke 6 tidak mematahkan semangat pemain muda ini bangkit untuk memperkemaskan aksi dan berjaya mengikat kedudukan pada minit ke 33 hasil jaringan Asraruddin. Pasukan Harimau Muda terus beraksi dengat mantap tetapi gol kedua tidak juga muncul tiba sehingga habis waktu sebenar dan juga waktu tambahan.

TAHNIAH wira-wira Malaysia

Wira-wira Malaysia ini patut diberi pujian selain memenangi emas mereka juga berjaya meneggelamkan sorakan penyokong-penyokong fanatik Indonesia di Stadiium Bung Karno yang hampir 100,000 penonton. Aksi Khairul Fahmi yang sentiasa cemerlang sepanjang perlawanan telah berjaya mengekang asakan penyerang-penyerang Indonesia. Ketiadaan beberapa tonggak serangan utama negara sedikit sebanyak membantutkan usaha Malaysia mencari gol.

Ayuh Harimau Muda. Teruskan aksi cemerlang anda dibumi Malaysia sendiri pada 23 November menentang Syria pada aksi kelayakan Olimpik.

Skuad Harimau Muda pulang ke tanahair awal pagi tadi di LCCT dan bersedia untuk aksi esok malam

WE ARE THE CHAMPION!!!!!!!!!!!! MALAYSIA BOLEH!!!!! HARIMAU MUDA BOLEH!!!!!!!

November 20, 2011

CHELSEA 1 vs LIVERPOOL 2

Bengkak mata bersengkang pepagi buta hari ini. Tapi aku PUAS...AKU PUASS...


Kemenangan pagi tadi betul-betul memebri kepuasan maksima pada aku. Tak mau komen yang negatif tapi 3 mata cukup berharga. Prestasi hebat kita bermain ditempat lawan musim ini ternyata terbukti dengan jaringan Maxi serta gol lewat dari Johnson.

Kedua-dua gol ini dijaringkan dengan menarik sekali. Paling menarik gol Maxi dengan umpanan Bellamy tepat dikala beliau juga mempunyai ruang untuk menjaringkan gol. Bukan tamak, tapi demi semangat sepasukan, terbaik dari Bell mengumpan kepada Maxi yang tidak dikawal langsung. Gol kedua menyusul pada minit ke 87 dikala perlawanan kelihatan akan berakhir dengan seri hantaran lintang jauh dari Adam kepada Johnson yang membuat larian solo memasuki kotak penalti terus melorong bola dipenjuru kanan gol Chelsea untuk memberi kepuasan kepada semua penyokong Liverpool.





Seperti aku jangka, 2 ekor budak pengkhianat Torres & Meireles tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama oleh Menatang Buas (Villa Boas). Masuk minit-minit terakhir tapi kelihatan Torres sentiasa menjauhi Agger untuk mengelak dari di tokek untuk kedua kalinya.

KEPUTUSAN PERLAWANAN BPL 2011/2012 | MINGGU KE 12

Berikut keputusan perlawanan BPL minggu ini.


Sabtu, 19 November 2011

Norwich City (1) vs Arsenal (2) (Carrow Road)
(Nor: Morrison, Ars : Van Persie)

Everton (2) vs Wolves (1) ( Goodison Park)
(Eve : Jagielka, Baines (pen), Wol : Hunt (pen)

Manchester City (3) vs Newcastle United (1) ( Etihad Stadium)
(City : Balloteli, Ricard, Aguero, News : Gosling)

Stoke City (2) vs Queen Park Rengers (3) (Britannia Stadium)
(Sto : Walters, Shawcross, QPR (Helguson (2), Young)

Sunderland (0) vs Fulham (0) (Stadium of Light)

West Bromwich Albion (2) vs Bolton Wanderers (1) (The Hawthorns)
(WBA : Jerome, Long, Bol : Klasnic (pen))

Wigan Athletic (3) vs Blackburn Rovers (3) ( DW Stadium)
(Wig : Gomez, Caldwll, Crusat, Rovers : Yakubu, Hoilett, Aiyegbeni)

Swansea City (0) vs Manchester United (1) (Liberty Stadium)
(MU : Hernandez)

Ahad, 20 November 2011

Chelsea (1) vs Liverpool (2) (Stamford Bridge)
(Chel : Sturidge, Liv : Maxi, Johnson)

Isnin, 21 November 2011

Tottenham Hotspurs vs Aston Villa (White Hart Lane)

November 18, 2011

TORRES DAH KECUT

Torres oooo torress...menjelang perlawanan Chelsea Liverpool hujung minggu ini bukan main lagi dia dengan statement dia di internet, paper di UK dan macam-macam medium lagi la. Beginilah nasib seorang pemain yang menjadi pujaan di Liverpool dan telah mengkhianati sokongan peminat-peminat beliau disana kini bak terkena sumpahan dan masih mencari-cari rentak untuk terus menjaringkan gol.

5 gol dari berpuluh perlawanan untuk Chelsea bukanlah satu angka yang menarik untuk dilihat selaku bekas penyerang hebat di Liverpool dan kini masih lagi mencari peluang untuk peminat Liverpool memahami apa yang telah beliau lakukan dengan berpindan ke Chelsea dan juga mencari pengampunan maaf dari peminat di Liverpool.


Diharap kehadiran Agger dibarisan pertahannan sekali lagi akan mendatangkan gerun kepada beliau untuk lebih banyak bergerak kerana siku Agger semakin padu sebagai hadiah untuk peminat di Liverpool.

November 17, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLASEPAK SUKAN SEA KE26 | INDONESIA 0 vs MALAYSIA 1

TAHNIAH!!...Hanya itu mampu aku berikan kepada semua pemain-pemain bolasepak Skuad Sukan Sea ke 26 yang telah berjaya menewaskan pasukan Indonesia malam tadi dengan 1-0 hasil jaringan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke 17.


Dengan kemenangan itu pasukan Malaysia menduduki tangga teratas kumpulan A dan bakal menentang Myanmar bagi meneruskan misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea.

Tahniah HARIMAU MUDA dan selamat berjuang...AUUUUMMMMMMMMMMM

UNDIAN EURO2012 | KEDUDUKAN 16 PASUKAN DAH DIKELUARKAN


UEFA telah mengeluarkan senarai kedudukan pasukan-pasukan yang bakal bertanding dalam Kejoharan Eropah 2012 didalam undian yang dijadualkan berlangsung di Kiev pada 2 Disember nanti. Kedudukan adalah seperti berikut.

Kotak 1 : Poland, Ukraine, Sepanyol, Belanda
Kotak 2 : Jerman, Italy, England, Rusia
Kotak 3 : Croatia, Greece, Portugal, Sweden
Kotak 4 : Denmark, Perancis, Rep Czech, Rep Ireland.

Mari kita tengok pasukan mana yang akan duduk dalam kumpulan maut.

Menarik untuk aku lihat

Belanda, England, Portugal, Perancis dalam satu kumpulan.

KEPUTUSAN PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 ZON AFRIKA

Ethiopia 5 vs Somalia 0 
(Ethiopia menang agregat 5-0) 

Kenya 4 vs Seychelles 0 
(Kenya menang agregat 7-0)

Togo 1 vs Guinea Bissau 0 
(Togo menang agregat 2-1)


Namibia 4 vs Djibouti 0 
(Namibia menang agregat 8-0) 

Mozambique 4 vs Comoros Islands 1 
(Mozambique menang agregat 5-1) 

Madagascar 2 vs Equatorial Guinea 1 
(Equatorial Guinea menang agregat 3-2) 

Burundi 2 vs Lesotho 2 
(Lesotho menang agregat 3-2) 

Rwanda 3 vs Eritrea 1 
(Rwanda menang agregat 4-2) 

Republik Congo 5 vs Swaziland 1 
(Congo menang agregat 8-2) 

Congo Brazzaville 1 vs Sao Tome e Principe 1 
(Congo Brazzaville menang agregat 6-1) 

Tanzania 0 vs Chad 1 
(Tanzania menang gol tempat lawan 2-2). 

November 16, 2011

REMAJA LIVERPOOL KENE BEDAL DI PORTUGAL | SPORTING LISBON 5 vs LIVERPOOL 1

Remaja Liverpool kena bedal di Portugal. Itulah yang berlaku kepada pasukan remaja Liverpool ketika beraksi dalam kejohanan Next Gen Series menentang juara remaja Portugal, Sporting Lisbon 1-5. Rata-rata komen dari sumber di Anfiled mengatakan permainan budak-budak Liverpool ni memuaskan hati. Tapi kalau la puas hati takan ler sampai 5 bikik kene titik. Ini lah skuad masa depan Liverpool dengan dibarisi bintang-bintang muda yang dijangka memecah masuk pasukan utama Liverpool dalam masa 2 3 tahun lagi seperti Suso, Raheem Sterling, Adam Morgan, Andre Wisdom, Ngoo dan Conor Coady. Jaringan saguhati Liverpool diperolehi daripada Ngoo.

Apa-apa pun perlawanan macam ni amatlah perlu bagi mendewasakan serta mematangkan budak-budak ni sebelum menjengah untuk merebut tempat dalam skuad utama. Jack Robinson & John Flanagan sudah, aku nak tunggu bintang-bintang muda yang disebut kat atas tu dapatlah peluang dalam tempoh terdekat ni.

YNWA bebeh...

JAMIE CARRAGHER DAH TURUN TRAINING

Jamie Carragher. Bintang otai yang sebelum ni bergelut dengan kecederaan kini dah turun training. Nampaknya peluang kita nak tengok aksi berterusan gandingan Agger Skrtel musnah la dengan berita kecergasan Carraghe. King Kenny sudah pasti tidak mahu meniggalkan antara pemain yang disukainya itu untuk turun dalam kesebelasan utama.


Dengan umur semakin lanjut dan sering dibolosi penyerang-penyerang pihak lawan, aku harap King kene fikir banyak kali untuk turunkan otai kita ni beraksi di Stamford Bridge.

November 15, 2011

SUKAN SEA 26 | MALAYSIA vs INDONESIA

17 November, Khamis pukul 8.00 malam akan bermulanya perlawanan antara Malaysia dan Indonesia. Pada aku perlawanan ini bukan saja mencari tempat keseparuh akhir bagi pasukan Malaysia tapi juga lebih kepada mengekalkan penguasaan Malaysia sebagai gergasi baru bolasepak Asia Tenggara. Dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini pasukan Malaysia tidak kira Harimau Malaya ataupun Harimau Muda sudahpun menunjukkan peningkatan yang dianggap menggembirakan peminat-peminat bolasepak Malaysia termasuk aku la.


Kalau tengok game-game yang lepas memang agak berat anak-anak buah Ong Kim Swee ni nak menang tapi aku yakin kalau semua dapat menampilkan aksi yang sebenar kemenangan pasti milik kita.

Harap percaturan ko menjadi esok

Jadi semua jangan lupa lepak depan tv malam esok...

EURO 2012 | SIAPA YANG LAYAK 16 PASUKAN

Malam tadi berlangsung perlawanan playoff kedua bagi kelayakan Kejohanan Eropah EURO2012. Keputusan perlawanan malam tadi adalah

Croatia 0 - Turkey 0
(Aggregate Crotia 3 - Turkey 0)

Montenegro 0 - Rep Czech 1
(Aggregate Montenegro 0 - Rep Czech 3)

Rep of Ireland 1 - Estonia 1
(Aggregate Rep Ireland 5 - Estonia 1)

Portugal 6 - Bosnia 2
(Aggregate Portugal 6 - Bosnia 2)

Dan berikut adalah 16 pasukan yang akan memasuki undian rasmi untuk pusingan akhir EURO 2012. Undian dijadualkan akan berlangsung pada 2 Disember 2011.

Crotia
Republic Czech
Denmark
England
Perancis
Jerman
Italy
Greece
Belanda
Poland (Tuan rumah)
Portugal
Rep Ireland
Russia
Sepanyol
Sweden
Ukraine (Tuan rumah)

JADUAL PERLAWANAN BPL 2011/2012 | MINGGU KE 12

Kita tengok siapa yang berentap minggu ini...


Sabtu, 19 November 2011

Norwich City vs Arsenal (Carrow Road)
Everton vs Wolves ( Goodison Park)
Manchester City vs Newcastle United ( Etihad Stadium)
Stoke City vs Queen Park Rengers (Britannia Stadium)
Sunderland vs Fulham (Stadium of Light)
West Bromwich Albion vs Bolton Wanderers (The Hawthorns)
Wigan Athletic vs Blackburn Rovers ( DW Stadium)
Swansea City vs Manchester United (Liberty Stadium)

Ahad, 20 November 2011

Chelsea vs Liverpool (Stamford Bridge)

Isnin, 21 November 2011

Tottenham Hotspurs vs Aston Villa (White Hart Lane)

Bagaimana dengan prediction dari korang...

November 13, 2011

FANTASTIC FOUR | LUIS SUAREZ 4 CHILE 0

Hebat sekarang Luis Suarez. Sejak berpindah ke Liverpool pemain ini semakin bernafsu nak menjaringkan gol lagi-lagi bila beraksi untuk negara kelahiran beliau Uruguay. Pada aku jugak dia dah boleh dilabel sebagi pemain terbaik dunia. Selain hebat di kelab malah diperingkat negara juga.


Kelmarin beliau beraksi cemerlang dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan menentang Chile, aksi memukau dengan 4 jaringan beliau memberikan Uruguay kemenangan 4-0. Apa nak cakap lagi dah memang hebat.

Harap dapat diteruskan aksi ini bila beraksi menentang Chelsea dalam perlawanan liga akan datang. Suruh King beli semua player Uruguay la baru berdozen-dozen Suarez score ...

November 02, 2011

JOSE ENRIQUE | AKU BERHAK BERAKSI UNTUK SEPANYOL

Jose Enrique, pemain bek kiri baru Liverpool yang telah beraksi dengan cemerlang setakat ini mengharapkan cap pertama untuk pasukan Sepanyol.

Aksi beliau setakat ini cukup meyakinkan dan aku pun teruja gak nak tengol Del Bosque memasukkan beliau untuk merebut tempat dalam skuad Sepanyol. Kalau dah main dengan kelab terhebat macam Liverpool ni kalau tak dipanggil memang tak sah. Kalau tak sekarang masanya akan tiba Jose....

Anda memenag berhak...seperti mana hak anda untuk posisi utama bek kiri Liverpool kini.

CARLOS TEVEZ | BERHIJRAH KE LIVERPOOL

Belum habis hujung tahun 2011, dan mula dah banyak rumours mengenai perpindahan pemain yang dikaitkan dengan Liverpool. Dan yang terbaru, CARLOS TEVEZ, pemain yang menghangatkan kancah bola sepak England di dalam skuad Manchester City dengan dikatakan berselisih pendapat dengan jurulatih Mancini.

Carlos Tevez dikatakan bermasalah

Kepala angin atau tidak pada aku Tevez tetap pemain penyerang yang serba boleh. Rezeki nak main untuk City memang dah tertutup.

Kalau Januari nanti kita rembat dia untuk beraksi disamping Suarez amacam. Ada berani.

3 BINTANG MUDA DALAM SENARAI ENGLAND BAWAH 21

Tiga pemain muda Liverpool, Jordan Henderson, Martin Kelly dan Jon Flanagan sekali lagi mendapat kepercayaan jurulatih Bawah 21 England Stuart Pearce untuk aksi menentang Iceland pada 10 November dan Belgium pada 14 November.

 Hendo
 Flanagan
Kelly
Tahniah untuk bintang-bintang muda dan diharap pergi dan kembali dengan sihat sejahtera.

Pemain kita yang dipinjamkan ke Blackpool, Jonjo Shelvey gagal merebut tempat dan hanya diletakkan sebagai senarai menunggu.

Related Posts with Thumbnails