click la penaja rasmi kami

November 28, 2011

LUCAS LEIVA MULA TUNJUNG BELANG

Liverpool 1 Manchester City 1. Satu lagi keputusan seri digelanggang sendiri. Perit untuk aku telan tapi itulah hakikatnya kita gagal memanfaatkan segala peluang yang terhidang.

Aku malas nak komen pasal keseluruhan game yang ternyata kita berada di landasan yang betul untuk membentuk satu pasukan yang mantap. Cuma masanya belum tiba lagi. Kita masih lagi belum mempunyai kualiti pemian yang dapat menampung beberapa kekurangan yang agak ketara lebih-lebih lagi serangan yang tumpul serta pemain tengah yang kreatif dengan beribu-ribu idea hantaran serta gerak tari permainan.

Sehingga kehari ini nama Lucas Leiva, pemain tengah Liverpool sering menjadi bualan sejak aksi mantap di Stamford Bridge dan diteruskan di Anfiield. Hantaran yang hampir sempurna, takle yang juga hampir sempurna sepanjang 90 minit tempoh pelawanan. Kini aku semakin nampak aksi beliau yang semakin matang semenjak Kenny Dalglish mengambil alih kerusi pengurus pasukan Liverpool.


Beliau juga semakin serasi beraksi disisi Charlie Adam dan ini merupakan petanda yang baik sejak kita kehilangan Steven Gerrard sejak awal musim lagi. Diharap aksi ini dapat diteruskan dan sedikit sebanyak Lucas berjaya mengurangkan tekanan kepada barisan pertahanan yang kini semakin kebal dan mantap dibarisi oleh Jose Enrique, Danial Agger, Martin Skrtel dan Glen Johnson.

Lucas yang masih lagi muda ini sering mendapat perhatian sejak aksi yang tidak konsisten serta beberapa hantaran dia yang dikatakan "kelaut". Beliau sering juga dikritik kerana tackle keras yang tidak kena pada masa sering mengundang padah kepada barisan pertahanan. Pemain yang dilabel sebagai next Dunga kini sudah boleh mendabik dada dengan aksi memberangkan ini dan diharap ianya dapat diteruskan pada perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails