click la penaja rasmi kami

November 21, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR SUKAN SEA 26 | MALAYSIA 1 (4) vs INDONESIA 1 (3)

Apa lagi yang mampu kita ucapkan. TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH. Pentas final Sukan Sea ke 26 mlm tadi Harimau Muda tampil garang dari biasa serta beraksi pada tahap kecemerlangan yang sangat tinggi untuk menidakkan Indonesia merangkul pingat emas bolasepak Sukan Sea. Rata-rata kesemua pemain telah menunjukkan keazaman serta kehebatan yang tersendiri untuk membawa pulang emas ke 59 Malaysia pada temasya kali ini.

Asra, menjerit selepas menjaringkan gol penyamaan Malaysia

Ketinggalan 0-1 pada seawal minit ke 6 tidak mematahkan semangat pemain muda ini bangkit untuk memperkemaskan aksi dan berjaya mengikat kedudukan pada minit ke 33 hasil jaringan Asraruddin. Pasukan Harimau Muda terus beraksi dengat mantap tetapi gol kedua tidak juga muncul tiba sehingga habis waktu sebenar dan juga waktu tambahan.

TAHNIAH wira-wira Malaysia

Wira-wira Malaysia ini patut diberi pujian selain memenangi emas mereka juga berjaya meneggelamkan sorakan penyokong-penyokong fanatik Indonesia di Stadiium Bung Karno yang hampir 100,000 penonton. Aksi Khairul Fahmi yang sentiasa cemerlang sepanjang perlawanan telah berjaya mengekang asakan penyerang-penyerang Indonesia. Ketiadaan beberapa tonggak serangan utama negara sedikit sebanyak membantutkan usaha Malaysia mencari gol.

Ayuh Harimau Muda. Teruskan aksi cemerlang anda dibumi Malaysia sendiri pada 23 November menentang Syria pada aksi kelayakan Olimpik.

Skuad Harimau Muda pulang ke tanahair awal pagi tadi di LCCT dan bersedia untuk aksi esok malam

WE ARE THE CHAMPION!!!!!!!!!!!! MALAYSIA BOLEH!!!!! HARIMAU MUDA BOLEH!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails