click la penaja rasmi kami

October 18, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN | RANGERS vs LIVERPOOL

RANGERS 1 - LIVERPOOL 0


Agak lama jugak aku tak buat entri kat blog MERAH aku ni. Lepas kekecewaan tak dapt mata penuh lawan Manuk hujung minggu baru-baru ini, malam tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan dengan kelab dari Scotland iaitu Rangers. Kesudahannya kita kecundang 0-1 hasil jaringan Lee Mcculoch pada separuh masa pertama. Apakah nasib pasukan Liverpool ni yang agak ketandusan mencari kemenangan walaupun dengan aksi persahabatan.

Dalam perlawanan tersebut King Kenny telah menurunkan hampir seluruh pemain-pemiain simpanan termasuk Daniel Agger dan Glen Johnson yang baru pulih dari kecederaan masing-masing. King Kenny juga memulakan aksi dengan menggandingkan Andy Kerol bersama Craig Bellamy dibarisan hadapan tapi ternyata masih tumpul untuk menghasilkan jaringan.

Hujung minggu ini, skuad utama Liverpool akan sekali lagi diuji dengan kunjungan Norwich ke Anfield. Harapan aku besar sebesar jaringan yang aku harapkan. Skuad menentang Manuk pada aku agak hampir sempurna dan diharap perlawanan kali ini dapat diterjemahkan dengan aksi yang menarik serta 3 mata penuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails