click la penaja rasmi kami

December 18, 2011

ASTON VILLA 0 vs LIVERPOOL 2

Lepas aku asik mengeluh dengan aksi sepakan penjuru yang menghampakan, perlawanan malam tadi memberikan 2 gol hasil dari sepakan penjuru. Terima kasih la kepada Craig Bellamy dan Martin Skrtel yang mana kita beraksi hebat di Villa Park. 3 mata yang amat-amat berharga dalam misi menghambat kedudukan 4 teratas disamping jadual perlwanan bulan Disember yang diketahui memang padat.

Penjaring gol-gol Liverpool, Bellamy dan Skrtel

Kesebalasan utama yang berani dengan menampilkan Jonjo Shelvey bagi aksi BPL pertama beliau serta mengekalkan beberapa pemain seperti perlawanan menentang Queen Park Rangers Liverpool tampak garang sejak wisel dimulakan. Formasi 4-5-1 kali ini nampak sangat sesuai dan bertenaga sepanjang perlawanan dan mematahkan segala rentak Villa.

Aksi Luis Suarez yang dikatakan hanya turun berlatih 2 3 hari sebelum perlwanan dek kerana kes bengong Evra tu terus memukau. Dua kali cubaan beliau terkena tiang dan palang terus melonjakkan Liverpool dalam indek cubaan terkena tiang atau palang tertinggi dalam liga musim ini. Malang kita berterusan.

Aksi Stewart Downing yang sering dibooo penyokong-penyokong Villa tidak diendahkan malah menampilkan aksi yang hebat sepanjang perlwanan. Diharap semua pemain dalam meneruskan rentak kemenangan dan kini ketiadaan Lucas dan Gerrard semakin tidak dirasai.

MOTM Perlawanan ini bagi aku : Glen Johnson.

November 29, 2011

WEMBLEY...KINI SEMAKIN HAMPIR

Sekali lagi. 2 kali kemenangan dalam masa 10 hari. Ditempat yang sama.

Kini King Kenny dan anak-anak buah boleh mencongak aksi FInal Piala Liga selepas dengan bergayanya menewaskan Chelsea dilaman mereka sendiri sekali lagi awal pagi tadi. Liverpool yang rata-rata dibarisi pemain-pemain pasukan kedua tidak menunjukkan akis pincang sepanjang perlawanan malah mereka seperti rakus untuk membaham mangsa sejak dari wisel sepak mula.


2 hero kita pagi tadi

Jaringan Maxi dan Kelly sudah cukup untuk membawa Liverpool keperlawanan separuh akhir Piala Liga. Siapa lawan kita di separuh akhir nanti. Aku nak Manchester City.

November 28, 2011

LUCAS LEIVA MULA TUNJUNG BELANG

Liverpool 1 Manchester City 1. Satu lagi keputusan seri digelanggang sendiri. Perit untuk aku telan tapi itulah hakikatnya kita gagal memanfaatkan segala peluang yang terhidang.

Aku malas nak komen pasal keseluruhan game yang ternyata kita berada di landasan yang betul untuk membentuk satu pasukan yang mantap. Cuma masanya belum tiba lagi. Kita masih lagi belum mempunyai kualiti pemian yang dapat menampung beberapa kekurangan yang agak ketara lebih-lebih lagi serangan yang tumpul serta pemain tengah yang kreatif dengan beribu-ribu idea hantaran serta gerak tari permainan.

Sehingga kehari ini nama Lucas Leiva, pemain tengah Liverpool sering menjadi bualan sejak aksi mantap di Stamford Bridge dan diteruskan di Anfiield. Hantaran yang hampir sempurna, takle yang juga hampir sempurna sepanjang 90 minit tempoh pelawanan. Kini aku semakin nampak aksi beliau yang semakin matang semenjak Kenny Dalglish mengambil alih kerusi pengurus pasukan Liverpool.


Beliau juga semakin serasi beraksi disisi Charlie Adam dan ini merupakan petanda yang baik sejak kita kehilangan Steven Gerrard sejak awal musim lagi. Diharap aksi ini dapat diteruskan dan sedikit sebanyak Lucas berjaya mengurangkan tekanan kepada barisan pertahanan yang kini semakin kebal dan mantap dibarisi oleh Jose Enrique, Danial Agger, Martin Skrtel dan Glen Johnson.

Lucas yang masih lagi muda ini sering mendapat perhatian sejak aksi yang tidak konsisten serta beberapa hantaran dia yang dikatakan "kelaut". Beliau sering juga dikritik kerana tackle keras yang tidak kena pada masa sering mengundang padah kepada barisan pertahanan. Pemain yang dilabel sebagai next Dunga kini sudah boleh mendabik dada dengan aksi memberangkan ini dan diharap ianya dapat diteruskan pada perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

November 23, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN UCL 2011/2012 | 23.11.2011

Group E

Bayern Leverkusen 2 vs Chelsea 1

Valencia 7 vs Racing Genk 0

Group F

Arsenal 2 vs Borussia Dortmund 1

Marseille 0 vs Olympiakos 1

Group G

Zenit St Petersburg 0 vs Apoel Nicosia 0

Shaktar Donestk 0 vs Porto 2

Group H

BATE Borisov 0 vs Victoria Plzen 1

AC Milan 2 vs Barcelona 3

November 22, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN UCL 2011/2012 | 22.11.2011

Berikut merupakan keputusan perlawanan UCL 2011/2012 yang berlangsung awal pagi tadi.

Group A

Bayern Munich 3 vs Villarreal 1

Napoli 2 vs Manchester City 1

Group B

CSKA Moscow 0 vs Lille 2

Trabzonspor 1 vs Inter Milan 1

Group C

Manchester United 2 vs Benfica 2

Otelul Galati 1 vs Basel 2

Group D

Lyon 2 vs Ajax 0

Real Madrid 6 vs Dinamo Zagreb 2

JOE COLE PERGI EDEN HAZARD MARI

Baguih la lagu ni. Tapi kalau dah rembat permanent tu reti-reti ler nak hulur Eden Hazard kat Liverpool. Rumours ni berkencang kuat selepas aksi mantap Joe Cole di kelab Perancis itu. Mungkin rezeki dia kat sana selepas aksi hampeh dia kat Liverpool.

Joe Cole dalam misi mencucuk jarum Eden Hazard

Aku antara peminat Joe Cole ni sejak dia bermain untuk West Ham lagi sampai la Chelsea beli mamat ni. Liverpool dapatkan dia ketika aksi dia merudum dek kerana kecederaan yang berterusan. Kalau dah injured memanjang memang susah la nak dapatkan form dia balik. Tempat dalam kesebelasan utama pun kurang lagi ler susah nak dapatkan form.

Eden Hazard...kutunguuu

Gaji dah la mahal dan cara terbaik loan out dan strategi Liverpool hantar dia ke Lille dengan harapan menggunung untuk mencucuk jarum mendapatkan Eden Hazard. Eden Hazard kutunggumu di Anfield...
Related Posts with Thumbnails