click la penaja rasmi kami

July 27, 2010

MASHERANO GO | PARKER IN

Menarik bunyi dia. Scott Parker antara pemain kegemaran aku sejak dia beraksi bersama Charlton. Sejak berpindah ke Chelsea kerjaya beliau nampak semakin pudar. Berusia 29 tahun dan adakah beliau bakal menggantikan Masherano yang 99% akan meninggalkan Anfield.

Beliau yang kini beraksi bersama West Ham merupakan salah seorang pemain yang konsisten di sepanjang aksi 2009/2010. Dipanggil untuk pemilihan ke Piala Dunia tetapi gagal mendapat tempat dek kerana kurang pengalaman aksi antarabangsanya.

West Ham kini sedang berusaha memperbaharui kontrak beliau untuk mengekalkan ketua pasukan mereka itu dan nilai kontrak dijangkakan bernilai hampir 20 juta pound.

Ini mungkin peluang terbaik untuk Roy merembat pemain ini untuk menyarung jersi LIVERPOOL...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails