click la penaja rasmi kami

July 08, 2010

WORLD CUP 2010 | MY BEST 11 YANG TIDAK BERGELAR JUARA

Hari ini aku nak share best 11 pilihan aku dari team yang dah tersingkir sehingga suku akhir baru2 ni. Formasi yang aku pilih ni 4-3-2-1

Penjaga Gol : Vincent Enyeama (Nigeria) 
Biar dia main 3 game jer, tp pada aku mamat ni memang superb. Reflection dia sunnguh pantas. Rasanya ada peluang beralih arah dari kelad Macabi Hapoel ker kelab-kelab besar.

Pertahanan Tengah : John Mensah (Ghana)
Kental serta bertenaga. Pemain ni bermain untuk Sunderland loan dari Lyon. Antara pemain terbaik FIFA Youth 2001.

Pertahanan Tengah : Markus Tulio Tanaka (Jepun)
Libero. Lama tak tengok pemain yang bertindak macam libero. Pemain kelahiran Brazil ini berdarah Jepun sekarang bermian untuk kelab Grampus di Jepun. Permainan keras sering kali memetahkan serangan pihak lawan serta cemerlang memintas bola diudara. Juga antara pemain pertahanan yang mempunyai rekod jaringan yang baik.

Pertahanan Kanan : Maicon (Brazil)
Pantas, kental serta bertenaga. Siapa yang tak kenal pemain bertubuh sasa ini. Tetap yang terbaik dan berada didalam kelas yang tersendiri.

Pertahanan Kiri : Fabio Coentrao (Portugal)
Pemain muda Benfica ini telah menyerlah di Afrika Selatan. Larian pantas serta 'cross' yang menarik tetapi sayang aksi tersekat si pusingan kalah mati untuk menyaksikan aksi beliau yang menyerlah itu.

Tengah : Nicolas Lodeiro (Uruguay)
Tidak beraksi di separuh akhir kerana digantung. Kreatif, serta mempunyai vision yg hebat. Masih muda hanya berusia 21 tahun dan mempunyai masa depan yang cerah.

Tengah : Mesut Ozil
Pengganti Ballack yang beraksi cemerlang pada kejohanan kali ini.Muda serta mempunyai corak permainan yang menarik. Bakal menggegarkan pentas Eropah dengan menarik minat kelab2 besar Eropah.

Tengah : Keisuke Honda (Jepun)
Bintang baru Jepun yang kini beraksi di CSKA Moscow telah dijangkakan akan menyerlah di Afrika Selatan. Beliau membuktikan yang ilmu bermain di Champions League membolehkan aksi beliau setanding bintang bola sepak dunia.

Penyerang Tengah : Lionel Messi (Argentina)
Bintang Argentina yang gagal menjaringkan gol. Frust juga tak dapat tengok aksi dia lebih dari suku akhir. Permaian beliau sentiasa tidak puas untuk disaksikan. Hantaran serta lenggokkan gelecek yang sentiasa menghiburkan. Memang yang terbaik di posisi ini.

Penyerang Tengah : Diego Forlan (Uruguay)
Hebat sememangnya permainan beliau semakin hebat dipenghujung karier.

Penyerang : Luis Fabiano (Brazil)
Tak banyak yang boleh diperkatakan mengenai kehebatan beliau. Rembatan yang padu serta gerakan yang menarik membuatkan aku memilih dia dalam pasukan ini.

...siapa pilihan anda....

3 comments:

  1. xabi alonso,xavi n iniesta.........

    ReplyDelete
  2. tu bakal jore mana leh masok dlm list niiii...

    ReplyDelete
  3. sneijer,robben,forlan,robinho,podolski dan laen2 .uahaha.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails